This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 9 August 2011

Guru Penyelaras


Pustakawan


Lencana


Organisasi

Latar Belakang


SEJARAH SEKOLAH

SMK Tebong merupakan sekolah menengah yang telah dibuka pada 1 Disember 1994. Ketika itu bangunan baru masih belum siap dibina, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Tebong untuk sementara waktu. Kebanyakan guru yang dihantar ke sekolah ini adalah berasal dari SMK Mansur Syah dan SMJK Pulau Sebang di Pulau Sebang.

Peneraju pertama ialah Tuan Hj. Mohd Shah bin Lesut dengan guru-guru peneroka pada masa itu ialah GPK I : En.Subramaniam A/L Rengasamy, GPK HEM : Cik Lai Sew Yun, GPK KOKU : En. Ramli Mohd. Zain, Guru : En. Lim Ah Yee, En. Abdul Lajis Sulaiman, En. Abdul Manaff Daud, En. Nadzir Topimin, Pn. Dayang Jemaah, En. Yap Hon Kong, Bukan guru: En. Sharif Suboh. Sesi persekolahan berjalan pada waktu petang dengan sokongan 9 orang guru dan 3 orang pekerja. Murid yang mendaftar pada masa itu ialah seramai 150 orang. Bilangan kelasnya ialah Peralihan (75 orang) dan 3 kelas Tingkatan satu (75 orang).


Setahun kemudian, iaitu pada 1 Disember 1995, SMK Tebong telah berpindah ke bangunan sendiri yang terdiri 4 buah blok bangunan utama yang dibina iaitu blok A, B, C, D dan Bangunan Rumah Hijau, sebuah kantin dan sebuah bangunan untuk Sains Pertanian. Keluasan sekolah ini seluas 25 ekar, mempunyai beberapa buah padang permainan sesuai untuk sukan-sukan tertentu seperti olahraga, bolasepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Tapak sekolah ini merupakan sebahagian daripada Ladang Kemuning yang dimajukan untuk dibina bangunan sekolah setelah diberikan pampasan.


Pada 14 Jun 1997, sekolah telah meraikan persaraan pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Mohd. Shah Lesut. Beliau telah digantikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yatim Lasim yang mula bertugas pada 1 Julai 1997 sebagai pengetua SMK Tebong. Perkhidmatan beliau hanya berlangsung selama 9 bulan kerana beliau diperlukan olah Jabatan Pendidikan Melaka untuk menjadi Ketua Unit Sekolah Menengah.


Pada 1 April 1998, En. Ishak Hj. Ahmad telah dilantik sebagai pengetua SMK Tebong yang ketiga. Perkhidmatan beliau berlanjutan sehingga 15 Disember 2001. Pada waktu itu terdapat seramai 31 orang guru, 6 orang pekerja dan mempunyai seramai 450 orang pelajar. Kemudian pengetua SMK Tebong diganti oleh En. A. Rajenthran A/L Arumugam untuk kali keempat. Beliau mula berkhidmat daripada 16 Disember 2001 hingga 1 September 2003. Dan seterusnya buat kali kelima, SMK Tebong diketuai pula oleh anak tempatan iaitu En. A. Saiman A/L K. G. Anthony. Beliau menjadi pengetua bermula daripada 1 Disember 2003 sehingga 31 Mac 2010.


Kini SMK Tebong diterajui oleh Tn Hj Yatim Bin Sulaiman dengan sokongan 40 orang guru siswazah terlatih dan 2 orang guru bukan siswazah terlatih. Seramai 10 orang staf sokongan dan 6 orang pekerja swasta telah bertugas di SMK Tebong sekarang. Bilangan kelas yang terdapat sekarang ialah 17 kelas iaitu satu kelas Pendidikan Khas, satu kelas Peralihan dan 3 Kelas untuk tiap Tingkatan satu, dua, tiga, empat, dan lima. Sehingga Jun 2010 jumlah pelajar yang menuntut di SMK Tebong seramai 406 orang. Walaupun bilangan pelajar sedikit tetapi sekolah ini telah dinaikkan taraf sebagai sekolah Gred A pada 2001 dan layak mendapat 4 orang Ketua Bidang. 4 orang ketua bidang itu menguruskan Bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional serta Kemanusiaan. Sekolah ini juga menawarkan mata pelajaran elektif untuk pelajar menengah atas iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual dan MPV – Katering dan Penyajian.


SENARAI PENGETUA-PENGETUA SMK TEBONG
Tn. Hj. Mohd Shah bin Lesut (1 Disember 1994-14 Jun 1997)
Tn. Hj. Mohd Yatim bin Hj. Lasim (16 Julai 1997-31 Mac 1998)
Tn. Hj. Ishak bin Hj. Ahmad (1 April 1998-15 Disember 2001)
En. A. Rajenthran A/L Arumugam (16 Disember 2001-1 September 2003)
En. A. Saiman A/L K. G. Anthony (1 Disember 2003-31 Mac 2010)
Tn. Hj. Yatim Bin Sulaiman (1 April 2010-Sekarang)

Profil Sekolah

Matlamat

MATLAMAT PUSAT SUMBER
  • Meningkatkan taraf P & P.
  • Mengurangkan penggunaan buku teks sahaja dalam P & P.
  • Mempelbagaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  • Menggalakkan tabiat belajar dengan menggunakan pelbagai kemudahan alat dan bahan P & P di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru.
  • Menyeliakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan guru-guru yang berbeza.
  • Melatih pelajar-pelajar menggunakan peganmatan mereka sendiri selaras dengan pertumbuhan pemikiran individu dan bertindak dengan dunia luar secara tertentu dengan penuh keyakinan.
  • Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru tentang memperbaiki dan meningkatkan taraf P & P sebagai tanggungjawab bersama.
  • Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan sepanjang hayat. 

Fungsi

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Mengumpul maklumat sebanyak yang boleh dan yang ada.
  • Mengeluarkan maklumat.
  • Menyusun dan menyimpan dan maklumat dalam suatu sistem yang senang mengenal.
  • Menyebarkan maklumat apabila di kehendakki oleh pengguna.

·        
·        
· 
·       

Objektif

OBJEKTIF PSS
  • Memenuhi keperluan guru-guru dan palajar-pelajar memperoleh pengetahuan ataupun maklumat pada bila-bila masa.
  • Menyediakan kemudahan ruang pembelajaran yang sesuai dan selesa untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Menyediakan sumber P&P untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.   
·        ·        

Visi & Misi

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mewujudkan warga sekolah SMK Tebong yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi
  • Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
  • Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
  • Insan yang berinformasi
  • Mencanai minda yang bestari
  • Membentuk warga sekolah yang berkualiti